Sunday, March 25, 2012

MINGGU 5

MINGGU 5

MEMBINA DAN MENGGUNAKAN TAPAK DAN LAMAN WEB PEMBELAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
  • Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
  • Prosedur pembinaan laman web pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
  • Membina dan menggunakan tapak pembelajaran dan laman web Bahasa Melayu

  1. Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
















2.  Prosedur pembinaan laman web pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran    Bahasa Melayu

Membuat sebuah laman web atau lebih dikenali sebagai blog di blogger.com / blogspot sungguh mudah kerana blogger.com milik Google.com. Setelah anda "sign up" pada gmail untuk mendapatkan alamat email,  anda boleh terus mendaftar di blogger.com. Sila ikuti langkah singkat yang berikut:
1. Kunjungi www.blogger.com (klik)



2. Masukkan account Gmail di “nama pengguna (Email)” dan password di “Kata Sandi”. Lihat gambar 1.
Kalau belum mempunyai Gmail, daftar dulu di Gmail.com, atau di Yahoomail.com.
a. Isi “Nama Tampilan” di kotak. Contoh: Nama Saya
b. Letakkan tanda tik (check) pada “Penerimaan Persyaratan”
c. Klik “Lanjutkan”. Lihat gambar 2.
3. Pada “Judul Blog” -> isi dengan Judul yang diinginkan. Contoh ILy Sofianny Blog
4. Pada “Alamat Blog” -> isi dengan alamat URL. Contoh, www.ilysofianny.blogspot.com
Jangan lupa klik “Cek Ketersediaan” untuk mengetahui apakah alamat URL yang dipilih belum ada yang punya. Coba buat alamat lain kalau alamat tidak tersedia. Lihat gambar 3.

5. Klik “Lanjutkan”
6. Pada “Pilih Sebuah Template” klik “Lanjutkan” (Gambar 4)


7. “Blog Anda Telah Diciptakan!” -> Anda sudah berhasil membuat blog (Gambar 5)

8. Klik “Mulai Blogging” untuk menulis artikel.
9. Di “Judul” isi kotak dengan judul artikel yang akan ditulis. Contoh: Menulis di Blog

10. Isi kotak di bawahnya dengan artikel. Sebagai contoh, Anda boleh meng-copy dari sini.. Lihat gambar 6.

11. Klik “Mempublikasikan Posting”
12. Selamat! Anda berhasil membuat blog dan memposting Artikel. (Lihat gambar 7).
12. Muka depan blog yang telah siap. (Lihat gambar 8). 




Catatan: Untuk memposting artikel berikutnya, Anda tinggal mengklik menu “Posting”.  Untuk mengedit tulisan tinggal klik “Edit Posting”

MINGGU 4

MINGGU 4


PEMILIHAN BAHAN INTERNET UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

  • Memilih Bahan Sastera
  • Memilih Bahan Tatabahasa
  • Memilih Bahan Bidang Ilmu Lain


    Bahan pengajaran dan pembelajaran kini boleh diperolehi bukan hanya daripada buku-buku teks malah ia boleh didapati daripada bahan-bahan internet yang merupakan salah satu sumber yang besar dalam meyumbangkan bahan-bahan pengajaran. Hal ini kerana kita boleh mendapatkan bahan-bahan daripada negeri dan negara lain sebagai rujukan juga sebagai bahan bantu mengajar untuk kita gunakan dalam proses P&P terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.


    Berdasarkan aspek pendidikan, sebelum guru-guru menggunakan bahan-bahan sumber dari internet, sama ada untuk pengajaran dan pembelajaran secara langsung di bilik darjah atau sekadar sebagai bahan bantu mengajar yang telah terlebih dahulu dimuat turun, proses penilaian dan pemilihan perlu dilakukan. Hal ini perlu dilakukan supaya bahan sumber yang digunakan itu benar-benar membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini bagi mengelakkan timbulnya kesan negatif yang tidak dikehendaki atau djangka kepada proses pengajaran dan pembelajaran.



    Memilih Bahan Sastera

    Bahan sastera merupakan bahan yang berkaitan dengan kesusteraan yang mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding bahan yang lain. Genre Sastera ialah kategori atau jenis karya sastera atau seni yang dicirikan dengan sesuatu gaya, bentuk atau kandungan tertentu. Bahan sastera ini merangkumi beberapa jenis seperti:


    Pemilihan bahan sastera juga perlulah berkaitan unsur-unsur kesusteraan. Menurut Hashim Awang, unsur-unsur yang terdapat dalam kesusteraan ialah seperti:
    1. Intelek
    2. Emosi
    3. Imaginasi
    4. Teknik

    Pemilihan bahan tatabahasa

    Tatabahasa merupakan ialah bidang yang menumpukan perhatian terhadap pembentukan kata dan proses pembinaan ayat sesuatu bahasa. Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak terbilang jumlahnya. Ayat pula terdiri daripada rentetan perkataan yang bermakna. Perkataan dibina oleh gabungan bunyi-bunyi dalam sesuatu bahasa yang mempunyai makna, digabungkan menjadi suku kata dan perkataan. Seringkali selepas pembelajaran dalam kelas murid-murid akan diberi latihan tatabahasa.

    Sebelum memuat turun bahan tatabahasa harus melihat juga isi kandungan tatabahasa tersebut, jenis-jenis bahan tatabahasa dan kaitannya dengan sukatan pelajaran serta RPH. Berikut merupakan jenis-jenis tatabahasa.

    Jenis-jenis tatabahasa boleh diperolehi melalui laman web


    Dalam laman web ini mengandungi penerangan mengenai tatabahasa dan jenis-jenisnya

     Jenis-jenis tatabahasa
    •  Kata nama
    •  Kata Hubung
    •  Kata kerja
    •  Kata sendi nama
    •  Kata nama khas

    Memilih bahan bidang ilmu lain.

    Bagi bidang ilmu lain adalah seperti bidang agama, ilmu sains, ilmu geografi, Matematik dan sejarah. Bidang-bidang ini boleh diperolehi dengan melayari pelbagai alamat URL. Namun sebagai contoh alamat URL bidang lain adalah seperti:

    MINGGU 3

    MINGGU 3


    APLIKASI GARIS PANDUAN DAN ETIKA PENGGUNAAN INTERNET

      ETIKA KOMPUTER
      • Etika komputer umumnya adalah satu bidang mengenai penggunaan komputer yang betul (panduan).
      • Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah antara isu/dilema yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam era maklumat

      MASALAH MORAL DAN ETIKA

      Terdapat beberapa masalah moral dan etika yang sering berlaku iaitu:
      •  Penggertak
      • Penyalahgunaan internet
      •  Virus
      •  Hak cipta
      • Perisian cetak Rompak

      Penggertak:

      ·   Cracker ialah golongan yang menceroboh ke dalam sistem komputer dan merosakkan sistem yang ada dengan tujuan utama membuat keuntungan.
      ·   Cracker tidak menulis program untuk membangunkan perisian tetapi menggunakanperisian yang dibangunkan orang lain untuk tujuankemusnahan

      Penyalahgunaan internet

      · Konsep ‘langit terbuka’ yang dilaksanakan oleh negara kita telah mengundang banyak implikasi buruk kepada para pengguna Internet terutamanya di kalangan remaja.

      Virus:

      · Penyebaran virus - merosakkan sistem, data, perisian,melumpuhkan rangkaian computer.

      Hak cipta terpelihara

      · Memuat turun sebarang perisian atau dokumen tanpa kebenaran adalah salah dari segi undang-undang hakcipta. Keizinan daripada pemiliknya adalah perlu.

      Perisian cetak rompak:
      • Maklumat yang diperolehi yang tidak mendapat kebenaran pemilik asal untuk dibuat cetakan secara tulisan dan audio visual

        PRINSIP ETIKA KOMPUTER

         Keseimbangan
         keizinan temaklum
         keadilan
         Meminimum-kan risiko


        PANDUAN KEPADA PENGGUNA KOMPUTER ADALAH SEPERTI BERIKUT
        1. Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.
        2. Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.
        3. Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.
        4. Tidak menggunakan komputer untuk mencuri.
        5. Tidak menggunakan komputer untuk menipu.
        6. Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah
        7. Tidak menggunakan sumber dari komputer orang lain tanpa kebenaran.
        8. Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri.
        9. Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan.
        10. Gunakanlah komputer dengan timbang rasa dan hormat kepada manusia lain.
        Cara membuat Brosur Menggunakan Microsoft Publisher:


        1.  Buka Microsoft Publisher 2010.


          

        2.  Setelah application sudah dibuka screen akan memaparkan gambar seperti berikut, kemudian pilih BROCHURE.


          3.  Langkah seterusnya pilih design yang anda minat( mengikut kesesuaian brosur).contoh design yang dipilih ialah Bubble.


        4.  Padamkan gambar-gambar atau maklumat yang tidak diperlukan. Setelah itu letakkan pula logo atau gambar yang anda perlukan. Contoh gambar ialah Logo Syarikat



        5.  Setelah itu masukkan butiran seperti:

        Tajuk program yang akan diadakan
        Nama penaja
        tarikh dan hari program akan diadakan
        Aktiviti yang akan dijalankan
        Matlamat program dan lain-lain butiran yang diperlukan



        6.  Proses seterusnya ialah proses untuk mencantikkan brosur anda.Ini bertujuan untuk menarik minat orang ramai untuk membaca brosur anda.

        HASILNYA.....

        Bahagian luar

        Bahagian dalam